Thursday 5 December 2013

Idea Perkahwinan: Wedding Guestbook

Salam semua.

Musim perkahwinan kunjung tiba... banyak la jugak aku dapat invitation dari sahabat-sahabat n sedara-mara... maaf la kekadang mak buyong ni xdapat nak attend... mak buyong tengah duk uwek! uwek! xtentu masa... terima kasih atas jemputan korang.
 
Memandangkan ada pertanyaan bagaimana persediaan perkahwinan yang aku terima, jadi aku akan berkongsi sedikit la idea-idea & bagaimana persediaan perkahwinan aku dulu..Macam mana pon semua nye bergantung pada budget perkahwinan yang kita ada...

Entry kali ni aku nak berkongsi macam mana aku buat wedding guesbook
Sekarang ni pon aku tengah buatkan wedding guestbook untuk sorang cik lawyer yang manis yg bakal tukar titlenya bulan depan....

Stage Pertama: Buat Keputusan

Pilih sama ada korang nak buat wedding guestbook sendiri atau nak tempah je. Antara benda yang korang kena take into consideration masa buat pilihan:
  • Masa (sempat ke korang nak buat sendiri/ cari barang-barang sendiri)
  • Budget (xdinafikan kalau korang buat sendiri, korang akan berjimat.. ye la rata-rata harga guestbook kalau korang tempah dari orang lain sekarang pun dlm lingkungan RM 150- RM 300!!) 
  • Tahap kreativiti korang (ni penting untuk korang consider, ye la, bukan apa.. nanti xpasal-pasal korang pening kepala nak siapakan wedding guestbook korang walhal banyak benda lain yang lagi penting untuk difikirkan) 
"Lastly, aku decide nak buat sendiri je"
Stage Kedua: Reka Design

Ni yang paling penting!

Keburukan kalau kita beli brg tanpa reka dulu design..akan buat korang beli je mcm-mcm barang & end up membazir la!!

Bila kita siap-siap reka... korang akan lebih fokus n menjimatkan masa barang apa korang nak cari... so xpayah la tengok2 brg lain.

Dalam mereka design, aku akan ambil kira:
  • Warna tema & tema majlis
  • Bahan-bahan
  • Buku nak tebal/ kecik/ panjang (Saiz la tu)

Stage Ketiga: Start Survey Barang

Tinjau beberapa kedai yang jual barang-barang decor/ kedai decor wedding..atau mungkin tempat korang ada kedai RM 5 ringgit/ MR. DIY (lagi senang kerja korang nnt)

Stage Keempat: Beli Barang

Bila dah survey harga barang & bahan-bahan mana yang cun untuk ditempek kat wedding guestbook tu, then baru la beli!!

"Biar lambat, asal jimat..haha" - Peribahasa buat sendiri!

Stage Kelima: Start Buat

Sila lah peruntukkan masa yang cukup untuk buat wedding guestbook korang... jgn buat last minute plak yer... nnt outcome confirm tettttttttt..
"aku peruntukkan masa dalam 1 minggu nak buat wedding guestbook"
Outcome:

Ni la hasil wedding guestbook aku yang xseberapa sgt! tapi cantik kan!haha *perasan la sgt*

Cover Depan Wedding Guestbook

Wedding Guestbook with Casing

1st Page

Cara aku hias meja guestbook..pagi2 b4 majlis start aku dah kelam-kabut hias meja ni tau.. sampai mak andam tarik aku masuk bilik persalinan untuk make up..hehe *sweet moment
p/s: kalau nak tempah, boleh je.. pm saya! haha *advertisement xberbayar

No comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...