Monday 2 December 2013

Filing Borang 6, 7 & 8 (Long Call Procedure) & Long Call Day



LONG CALL PROCEDURE

First kene make sure all the sijils n documents dah complete sebelum pergi filing di Mahkamah Jalan Duta.

Okey step di rumah sediakan:

  • Afidavit 6 , Notis Perbicaraan dan Sijil Pengesahan Dokumen & minta tolong kawan kat KL tolong buatkan filing Sijil Penampalan (RM50 sehari je dah boleh extract Sijil Penampalan from Laman Web: http://efiling.kehakiman.gov.my/eFiling/)

Ini susunan Afidavit Borang 6 (ikut susunan ni!!)

1. Afidavit Borang 6
2. Sijil Perakuan Ekshibit “A” – 

  • lampirkan ‘Salinan Surat Beranak/birth cert’ belakang dia
3. Sijil Perakuan Ekshibit “B” – 

  • lampirkan ‘Salinan IC’
4. Sijil Perakuan Ekshibit “C” – 

  • lampirkan ‘salinan degree in BM’ & ‘salinan Certificate of Completion’* amek kat Bar Council (Dept. Admission)
5. Sijil Perakuan Ekshibit “D” – 

  • lampirkan ‘ Borang 7 kelakuan baik yg disain oleh orang ada ijazah *x semestinya lawyer /org  gomen
6. Sijil Perakuan Ekshibit “E” – 

  • lampirkan ‘Borang 7 jugak’ sbb 2 orang kene sain kan
7. Sijil Perakuan Ekshibit “F” – 

  • lampirkan ‘Borang 8 Sijil Kerajinan sain by Master’  & ‘salinan cert. ethic course’ *kt bawah sain dia tu cop bc dia tu (yg ada tulis peguambela & peguamcara)
8. Sijil Perakuan Ekshibit “G” – 

  • lampirkan ‘salinan BM exemption’
9. Sijil Perakuan Ekshibit “H” – 

  • lampirkan ‘sijil penampalan’ yg telah di extract dr laman web e-filing
Pesanan Ringkas

  • sila potong dengan pen dakwat hitam dekat Borang 6 (*7) yg tulis saya telah lulus peperiksaan BM (itu takde kene mengena). Sebab kite ada sijil pengecualian BM.
  • sila tulis tarikh dekat borang 7 & 8 tu sama tarikh dengan filing walaupun master dengan 2 org yg sain sijil kelakuan baik tu sain lebih awal.
  • jangan tulis date hape2 kt tempat lain selain 7 & 8

Seterusnya....

Bila dah siap ketiga-tiga dokumen ni (Afidavit 6, Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen) boleh la pergi KL untuk buat payment dan filing
* ketiga-tiga dokumen ni jgn staple, pakai paper clip je* 


Dekat Kuala Lumpur (nyanyi lagu kole lumpor dulu)

1. Pergi Wisma Maran Tingkat 8 (Wisma Maran ni bawah dia ada Bank AMBANK – deret kedai Mamak kite breakfast tuh Bangunan paling tepi) – ko pergi Tingkat 8 tau pastu ckp kt kaunter tu sye nak bayar fee RM200. Nanti dia suh ko isi particular sket, bagi duit dia kuokan resit. Pastu berambus kuo sambil ucap terima kasih dengan senyuman manissssss.

2. Pergi Bar Council (ni kalau tak tau jugak tanye bangla2 kat situ) – sampai bar council pergi kt Payment table cakap saya nak bayar Instrument RM30 (nanti dia minx Resit yg ko bayar RM200 tadi ngan IC) dia suruh tunggu dlm 5 minit nak buat Instrumen.

3. Sambil tu pergi table Admission sebelah Payment je cakap saya nak collect Certificate of Completion (kalau mmg confirm dah lulus training programme). Dia bagi cert tu cek dl nama hape n sign acknowledgement. Instrumen pon siap.  Dia bagi resit instrument ng resit bayor rm200 tuh. Hamek semua. Pergi dengan ucap terima kasih.

4. okey kalo nak naik cab dari masjid jamek dlm RM8-9 pergi Court Duta (cab pakai meter)

5. Dah sampai Court Duta terus menuju ke café tingkat B1 sebab ko perlukan meja untuk cek dokumen semua dah lengkap tak n then ko perlu fotostat cert completion utk lampirkan belakang degree ko tu. Pastu fotostat sekali dua resit tu (kenapa kene fotostat nnti aku citer). Cek dulu susunan affidavit dah betul baru pergi level 1 untuk swearing.

6. Tak payah pergi RKKK dulu sebab sekarang depa tak cek pon Afidavit kejadah tuh..pandai2 kite la nak make sue bende tu betoi.

7. Pergi buat bayaran swearing kt kaunter pembayaran (sebelah kiri dr pintu masuk). Cakap ng akak jage nombor tu nak bayar utk Swearing. Swearing RM20.00 ye. Afidavit 1 dan Ekshibit 8 jadi total RM20. Bagi Afidavit tu kt akak kaunter tu. Bayor hamek resit n borang balik. 

8. Dah bayor pergi Kaunter Swearing. Cakap nak swearing & saya dah bayar. Bagi Afidavit ng Ekshibit tu kat dia (*make sure Borang 6 ko dah sain tau). Tunggu la dia cop dengan tenang.

9. Dah siap swearing pergi kaunter e-filing (sebelah kanan dr pintu masuk. Pergi Kaunter no 3 ckp sye nak filing affidavit 6/notis perbicaraan/sijil pengesahan (atau nak ringkas filing docs long call). Dia kasi satu borang e-filing n dia suh pergi bayor service charge RM10 dl. Isi borang pastu pergi bayor kat Kaunter Pembayaran td. Ckp kt akak jage nombor nak bayor service charge. Bayor n amek resit.

10. Pergi balik kaunter 3 e-filing tu, akak tu tulis2 sikit pastu dia bagi nombor giliran. Tunggu la sampai nombor ko dipanggil. Kalau tak ramai nasib le dlm 20 minit je tunggu. Sambil2 tu boleh prepare dokumen2 yang nak e-filing tu. (Afidavit, Notis Perbicaraan ng Sijil Pengesahan Dokumen – buang paper clip tuh)

11. Sampai giliran bagi dokumen2 tu kt kaunter untuk scan. 5 minit je scan tp tgu lama. Pastu dia suh tgu sebab nak kuakan invois pembayaran (aku gtau awal2 RM256). Tgu nombor same dipanggil amek invois kt kaunter 17 pergi bayor kt kaunter pembayaran td. Ni ckp ng akak jage nombor tu mahkamah tinggi. Nak bayor ni kene tgu lame sikit. Dah bayor amek resit terus pergi kaunter 18. Dia bagi resit boleh la siap sedia pi RKKK.

12. Sebelum pi RKKK tu kuakan instrument dengan sijil2 asal (surat beranak, degree, cert completion, cert etic course, BM exemption, sijil penampalan  dan salinan resit bayor rm200 ng rm30 tu untuk depa semak)

13. Kt kaunter RKKK ckp ngan akak tu sye dah buat e-filing affidavit 6 bla2.. dia tnye nak long call kat mane? Pastu dia bagi 2 salinan borang (Borang Transfer). Antara isi kandungan borang  tu nak long call kat mahkamah mane and kenapa? Bagi la sebab munasabah (kena state 3 reasons).
          - Latihan dalam kamar di Ipoh
          - keluarga di Ipoh
          - Master & Mover berada di Ipoh

14. Bagi balik borang2 tu dengan instrument dan sijil2 asal. Pastu depa suh ko tunggu dalam sejam gak la. Sebab nak minx PKP sain borang n seal instrument. Sambil tunggu tu pegi la makan2 kat café atau main candy crush ke.

15. Bila dah siap dia bagi 1 salinan borang transfer, instrument dan sijil2 asal tu. Make sure sume ade. Dah pergi balik.

16. Balik Ipoh/negeri masing-masing terus bawak borang transfer ngan instrument tu pergi court (tanye sape in charge utk long call) bagi dua benda tu kt dia. 
* if kat Ipoh masa kita serve dah boleh tanya date mana yang kosong untuk our long call day n berapa org yg akan long call sesamer, so dah bole tau date long call
17.Wait for the extraction date. 1-2 day dah dpt. Cek email nak tau sama ada Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen dah boleh extract atau tidak.

18. Extract notis perbicaraan & sijil pengesahan dokumen kt e-filing dan print

19. Serve Afidavit Borang 6, Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen kat:-
          - court (if  Ipoh xpayah serve sebab Ipoh ada system E-Filing)
          - perak/state bar
          -bar council
          -AG chamber

20. Prepare affidavit penyampaian borang 6,7 & 8 (sama mcm masa short call- serve to perak/state bar Sahaja)
*Bar Council normally xkan pulangkan cover letter pendua *yang acknowledgment tu* tapi dorang akan hantar surat rasmi yg state *we acknowledge receipts of your bla bla bla n we have no objection whatsoever bla bla bla*

21.  Sehari sebelum/ pagi before long call sila dtg awal untuk check dgn jurubahasa mahkamah segala document *takut kang ada yang xcomplete* sebab dia lagi arif apa yg judge selalu nak tengok * mcm dekat ipoh kena make sure ada sumer acknowledgement copy yang kita serve Borang 6, Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen dekat Perak Bar, AG & Bar Council *prepare sekali acknowledgement copy kita serve affidavit of service pada State/ Perak Bar jugak)

p/s:

Dah dpt date jadi dah boleh cari mover *selalunya itu tugas Master yang carikan *make sure Mover not from ur firm ye 

Dah boleh siapkan kad jemputan if ada majlis makan2 yang korang buat + siapkan jugak speech untuk mover baca masa korang  punya long call nnt * setengah mover yg terlebih rajin dorang akan interview korang n dorang yg akan prepare speech siap bersajak2 bagai

Pengiraan Pembayaran (RM 566.00)
RM50 – penampalan
RM200 – disciplinary board
RM 30 – Instrumen
RM 20 – swearing affidavit
RM 10 – service charge
RM 200 – Notis Perbicaraan
RM 16 – Afidavit 6
RM 40 – Sijil Pengesahan Dokumen

p/s: Procedure Filing Borang 6, 7 & 8 yang saya share kat korang ni dibuat oleh kawan baik sy- Dekbo Ekin... sy tambah sikit2 jer... sy amat berterima kasih dekat dia kalau tak terkapai-kapai dlm kesesatan jugak la dekat High Court Duta... alhamdulillah berpandukan check list kat atas *sy siap tick dgn pen bila dah hbs setiap step* sy berjaya filing borang long call saya dengan suksessssss nya* mucho grasias sahabat


Hari Bersejarah (Long Call Day) - yang ni experience sendiri masa long call kat High Court Ipoh

*actually yang paling penting korang kena make sure yang Perak Bar, AG & Bar Council have no objection terhadap filing of korang punya petition
*mcm Perak Bar korang pegi la jumpa kerani kat saner tanya ada objection x... dorang pon akan tahu sama ada Bar Council ada objection ke tak (tapi selalunya mmg Bar Coucil akan inform sekali dalam surat yang dorang acknowledge receipt Borang 6, Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen yang dorang have no objection terhadap filing of your petition)
*kalau AG lagi selamat korang call AG state & tanya sendiri pada person in charge untuk long call korang tu sama ada dorg ada objection atau tak *tapi pagi long call tu pon korang boleh confrimkan dgn jurubahasa sebab jurubahasa yang incharge tu baik n dia sendiri yang akan call AG tanya sama ada long call hari ini ada objection ke tidokk- gitue -datz y sangat penting korang dtg awal (pukul 8 sharp tu okay la)

1. Sehari sebelum long call silalah pergi ke High Court jumpa dgn pegawai yang uruskan pasal urusan long call korang.Lepas tu kalu ada masa terus la pegi jumapa jurubahasa Court tempat korang akan long call tu. Suruh dia check siap2 apa yang crucial kena ada esoknya.

2. So dari rumah make sure korang jgn lupa bawak Deraf Perintah* buat 2/3 salinan pon okay kalau nak selamat but actually kita pakai satu je, script untuk mover/latar belakang pempetisyen *in case mover tertinggal korang punya script tuh sebab korang sebenornya dah bagi kat mover beberapa hari sebelum korang punya long call, instrument of admission yang korang amik dekat Bar Council, file chambering korang yang simpan segala khazanah alam borang-borang *yang paling penting korang jgn lupa jugak korang bawak acknowlegedment copy yang sahkan korang dah serve pada AG, Bar Council & Perak Bar korang punya Borang 6,Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen.

3. Masuk je court terus jumpa jurubahasa n ckp sy long call harini. Jurubahasa akan mintak n check apa dokumen yang ptt. Bila dah settle dia akan ckp korang yang ke berapa yang akan dipanggil *selalu kat ipoh long call akan ada dlm 5 orang

4. Lepas tu jumpa la mover n master (sembang la apa yang ptt) *siap2 la bagi robe korang kat Master untuk pegang *jgn lupa by that time korang dah pakai bit siap2 cuma robe je bagi kat Master untuk disarungkan kat korang nnt)

5. amik tempat duduk korang sementara tunggu kes start dipanggil *selalunya hakim akan panggil untuk dengar long call dulo before dia proceed dengar kes-kes lain haritu.

6. Bila judge masuk, mcm biasa la sumer kat dlm court kena bangun bow/tunduk hormat

7. Jurubahasa akan start panggil no. petition (so ingat yer no pettion korang, karang tersilap bangun malu le plak cuz dorang xkan panggil nama)

8. Pastu jalan dgn penuh confidentnye ke tempat yg korang sepatutnya berdiri sementara menunggu mover bacakan latar belakang korang -kalau sape yg xtahan sebak ouhhh 
*masa ni master yang complete ber'robe dah standby duduk belakang tempat korang berdiri untuk sarungkan jubah korang nnt

9. ayat last sekali yg berdebor2 tue bila mover akan cakap *Mohon supaya petisyen penerimaan masuk peguambela & peguamcara dibenarkan seperti yang dipohon- lebih kurang la ayat nye mcm mintak perintah seperti dipohon dekat judge

10. Lepas tu wakil dari Perak Bar & AG akan bangun & ckp tiada bantahan

11. Judge plak akan ckp bagi pihak Jabatan Kehakiman tiada bantahan & Perintah Seperti Dipohon!!!! huh, lega bila dengar wehh

12. Master akan sarungkan robe pada korang.

13. Sila lah bow pada judge sebelum berjalan balik ke tempat duduk korang pastu dudk balik sampai la kes haritu selesai

14. Diingatkan mcm kat Ipoh judge akan panggil korang masuk chamber lepas settle long call , so pastikan korang dah dapatkan tandatangan mover, wakil AG n wakil state bar siap2 sebelum dorang balik kalau tak terpaksa la korang buat kerja dua kali- kena chase plak dorang sampai kat ofis/ AG state bagai *dorang akan betulkan nama dorang if korang silap letak atau salah spelling nama dorang, so jgn risau bagi je dorang betulkan n isi sendiri nama dorang

15. Dah siap terus bagi deraf perintah tu dekat jurubahasa untuk kelulusan *xperlu filing

14. kat Ipoh, judge akan panggil masuk chamber dorang untuk bagi kata-kata nasihat, madah pujangga bagai, tangkap gambo n lastly dorang akan sign directly instrument of admission depan korang n dated kan benda alah tu pastu serahkan by hand sorang-sorang *masa ni korang dibenarkan tangkap gambo dengan judge sama ada secara individu atau grouping

15. dah hbs jumpa judge then kluar le buat hal masing-masing. SEKIAN....



p/s: Maaf diatas penggunaan bahasa pasar..hehe.. :) harap bermanfaat! 

Taraa! After being officially admitted as an Advocate & Solicitor 
Muka lapar!! tengah tunggu kat lobi hotel b4 makan2 start


3 comments:

  1. kak ekinnn! Haha nadia baru nak filing, sekali jumpa blog k.ekin. so helpful. thank youu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r most welcum yunk..all the best nadia cantiq!...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...